skip to main content
Language:
Search Limited to: Search Limited to: Resource type Show Results with: Show Results with: Search type Index

Kesan Penghayatan Ihsan terhadap Pembentukan Akhlak Remaja Islam

Islamiyat (Kuala Lumpur), 2023-12, Vol.45 (2), p.3-13 [Peer Reviewed Journal]

Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia 2023 ;ISSN: 0126-5636 ;EISSN: 2600-8556 ;DOI: 10.17576/islamiyyat-2023-4502-01

Full text available

Citations Cited by
  • Title:
    Kesan Penghayatan Ihsan terhadap Pembentukan Akhlak Remaja Islam
  • Author: SALLEH, NOZIRA
  • Subjects: Islam ; Morality ; Muslims ; Social sciences
  • Is Part Of: Islamiyat (Kuala Lumpur), 2023-12, Vol.45 (2), p.3-13
  • Description: Ihsan wajar dijadikan pendekatan utama dalam proses membentuk akhlak remaja Islam kerana ia merupakan salah satu bentuk rangsangan dalaman yang berbentuk kesedaran dalam hati manusia bahawa Allah tidak pernah hilang pandangan terhadap apa yang telah Dia ciptakan. Ia juga memberikan penekanan kepada unsur diri yang halus kerana dari sinilah terbitnya tingkah laku luaran dalam bentuk perkataan atau perbuatan. Maka, kajian ini dilakukan untuk mengesahkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pembentukan akhlak remaja Islam dengan penghayatan ihsan. Pengkaji telah memilih mahasiswa Tahun 2 dan 3 Sarjana Muda Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai sampel kajian. Persampelan tersebut telah menetapkan bahawa seramai 278 orang responden diperlukan disebabkan jumlah keseluruhan populasi adalah seramai 953 orang. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan perisian program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Kajian dapat membuktikan bahawa terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan di antara pembentukan akhlak remaja Islam dengan penghayatan ihsan. Kajian ini dapat memperbanyak rujukan sedia ada yang membahaskan tentang ihsan dalam bahasa yang mudah difahami masyarakat awam kerana perbahasannya dalam pengkajian ini masih di peringkat pengenalan ataupun permulaan. Ini bermakna, kajian ini dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan disebabkan ihsan memberi kesedaran kepada seseorang itu bahawa Allah SWT yang sentiasa melihatnya. Remaja Islam yang menghayati ihsan akan berakhlak dengan akhlak yang baik kerana yakin kepada pengawasan Allah (ihsan) yang meliputi zahir dan batin.
  • Publisher: Bangi
  • Language: English;Malay
  • Identifier: ISSN: 0126-5636
    EISSN: 2600-8556
    DOI: 10.17576/islamiyyat-2023-4502-01
  • Source: ProQuest Central

Searching Remote Databases, Please Wait