skip to main content
Language:
Search Limited to: Search Limited to: Resource type Show Results with: Show Results with: Search type Index

KESAN BAHASA ASING TERHADAP JENIS PERTIMBANGAN MORAL

e-Bangi : journal of social sciences and humanities, 2021-01, Vol.18 (6), p.112-133

Copyright E-Bangi Journal 2021 ;ISSN: 1985-3505 ;EISSN: 1823-884X

Full text available

Citations Cited by
  • Title:
    KESAN BAHASA ASING TERHADAP JENIS PERTIMBANGAN MORAL
  • Author: Khairudin, Rozainee ; Hashim, Nurul Qistina
  • Subjects: Bias ; Cognition ; Cognition & reasoning ; Decision making ; Foreign languages ; Language ; Language usage ; Moral dilemmas ; Moral judgment ; Native language ; Undergraduate students
  • Is Part Of: e-Bangi : journal of social sciences and humanities, 2021-01, Vol.18 (6), p.112-133
  • Description: Pembuatan keputusan adalah satu proses kognitif yang terkawal dan teratur. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi pembuatan keputusan, di antaranya adalah penggunaan bahasa. Khususnya, pengaruh bahasa terhadap pembuatan keputusan yang berkaitan dengan persoalan moral. Maka, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan bahasa terhadap pertimbangan moral. Kaedah yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk eksperimental (reka bentuk faktorial campuran). Seramai 60 pelajar sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia telah menyertai kajian ini. 30 peserta kajian dibahagikan kepada kumpulan eksperimental (kumpulan mendapat soalan dilema dalam bahasa asing (Bahasa Inggeris) dan 30 peserta menyertai kumpulan kawalan (kumpulan mendapat soalan dilema dalam bahasa ibunda (Bahasa Melayu). Peserta menerima salah satu dari tiga jenis soalan dilema iaitu sama ada dilema moral personal, dilema moral bukan personal atau dilema bukan moral. Keputusan menunjukkan terdapat kesan signifikan penggunaan bahasa asing (Bahasa Inggeris) terhadap jenis pertimbangan moral. Peserta kajian cenderung untuk bersetuju dan membolehkan tindakan yang bersifat utilitari dalam keadaan bahasa asing. Keputusan juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam jenis pertimbangan moral mengikut jenis dilema, terutamanya antara dilema moral dengan dilema bukan moral. Dalam erti kata lain, dilema yang berlainan mencetuskan jenis pertimbangan moral yang berlainan. Namun, tidak terdapat sebarang interaksi antara jenis bahasa dan dilema terhadap jenis pertimbangan moral. Implikasi dapatan kajian adalah proses kognitif yang memproses jenis bahasa memberi kesan terhadap pembuatan keputusan, dalam hal ini adalah keputusan melibatkan persoalan moral.
  • Publisher: Bangi: E-Bangi Journal
  • Language: Malay
  • Identifier: ISSN: 1985-3505
    EISSN: 1823-884X
  • Source: Alma/SFX Local Collection
    ProQuest Central

Searching Remote Databases, Please Wait