skip to main content
Language:
Search Limited to: Search Limited to: Resource type Show Results with: Show Results with: Search type Index

PERANAN MAHATHIR DALAM MENCORAKKAN HALA TUJU MALAYSIA TERHADAP KOMANWEL

e-Bangi : journal of social sciences and humanities, 2016-01, Vol.11, p.34-48

Copyright E-Bangi Journal 2016 ;ISSN: 1985-3505 ;EISSN: 1823-884X

Full text available

Citations Cited by
  • Title:
    PERANAN MAHATHIR DALAM MENCORAKKAN HALA TUJU MALAYSIA TERHADAP KOMANWEL
  • Author: Daud, Mohd Afendi ; Besar, Junaidi Awang ; Lyndon, Novel
  • Subjects: Attitudes ; Developing countries ; International organizations ; International relations ; LDCs ; Mahathir Mohammad ; Trade relations
  • Is Part Of: e-Bangi : journal of social sciences and humanities, 2016-01, Vol.11, p.34-48
  • Description: Artikel ini mengupas sejarah Komanwel dan seterusnya menganalisis pandangan Dr. Mahathir terhadap Komanwel. Pada mulanya Dr. Mahathir berpandangan bahawa Komanwel tidak dapat membantu Malaysia dan sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berfungsi dan dikuasai oleh Negara-negara Maju terutama Britain. Oleh itu, Dr. Mahathir telah meletakkan kepentingan Komanwel di tempat yang keempat. Ketidakhadiran beliau dalam persidangan Komanwel yang berlangsung di Melbourne, Australia pada tahun 1981 telah menyebabkan timbulnya hubungan yang kurang baik dengan pihak Australia. Pihak Australia tidak berpuas hati dengan mengkritik sikap beliau. Beliau juga turut tidak hadir di persidangan Komanwel pada tahun 1983 di New Delhi, India. Pada mulanya beliau mengambil keputusan tidak mahu menghadirkan diri di Persidangan Komanwel 1985 di Nassau Bahamas tetapi bersetuju untuk menghadirkan diri setelah beliau diminta oleh Setiausaha Agung Komanwel. Selepas di persidangan Komanwel 1985 ini telah mengubah pandangan Dr. Mahathir terhadap kepentingan dan peranan yang boleh dilakukan terhadap Komanwel. Artikel ini melihat kepentingan Komanwel terhadap Malaysia yang pada mulanya adalah penting terutama dalam aspek pertahanan. Zaman berubah dan kepentingan terhadap aspek ekonomi lebih diberi tumpuan terutama dalam menjalin hubungan bilateral antara negara anggota Komanwel. Mahathir telah berjaya meletakkan nama Malaysia melalui Komanwel kepada dunia terutama kepada Negara Dunia Ketiga.
  • Publisher: Bangi: E-Bangi Journal
  • Language: Malay
  • Identifier: ISSN: 1985-3505
    EISSN: 1823-884X
  • Source: Alma/SFX Local Collection
    ProQuest Central

Searching Remote Databases, Please Wait