skip to main content
Language:
Search Limited to: Search Limited to: Resource type Show Results with: Show Results with: Search type Index

Analisis Penerimaan e-Dagang dalam Kalangan Usahawan PKS dengan Menggunakan Model Pemecahan Teori Tingkah Laku Terancang

Akademika (Kuala Lumpur), 2023-01, Vol.93 (2), p.39-50

Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia 2023 ;ISSN: 0126-5008 ;DOI: 10.17576/akad-2023-9302-04

Full text available

Citations Cited by
  • Title:
    Analisis Penerimaan e-Dagang dalam Kalangan Usahawan PKS dengan Menggunakan Model Pemecahan Teori Tingkah Laku Terancang
  • Author: Sahar, Haizum Ruzanna ; Mahbob, Maizatul Haizan ; Mahmud, Wan Amizah Wan
  • Subjects: Acceptance ; Aspiration ; Attitudes ; Behavior ; Business ; Economic crisis ; Electronic commerce ; Entrepreneurs ; GDP ; Gross Domestic Product ; Internet ; Marketing ; Pandemics ; Perceived control ; Policy making ; Self-efficacy ; Shopping ; Social support ; Theory of planned behavior ; Trade ; Usefulness
  • Is Part Of: Akademika (Kuala Lumpur), 2023-01, Vol.93 (2), p.39-50
  • Description: Sungguhpun e-Dagang merupakan gaya hidup perdagangan dan beli-belah masa kini, namun pengguna platform e-Dagang lebih banyak dimarfaatkan oleh pembeli dan bukannya perjual. Ini termasuklah kelompok usahawan PKS yang dilihat ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi ini. PKS merupakan antara segmen ekonomi yang menyumbang KDNK terbesar bagi negara. Pada tahim 2020, berlaku penyusutan ketara dari segi sumbangan PKS kepada KDNK negara akibat penutupan premis perniagaan dan perintah kawalan pergerakan. Bagaimanapun ramai PKS tidak cuba mengambil kesempatan daripada krisis kesihatan dan ekonomi ini untuk beralih kepada perniagaan dalam talian, sedangkan sektor ekonomi digital ini merupakan segmen ekonomi yang paling melonjak ketika dua tahim negara berada dalam era pandemik. Kemudahan internet tidak digunakan secara optimum oleh golongan PKS untuk meneroka pasaran baharu melalui perniagaan dan pemasaran digital. Ini membuktikan tingkah laku penerimaan PKS terhadap e-Dagang masih lagi rendah dan tidak seiring dengan aspirasi Kerajaan. Berhasilnya pelaksanaan niat dan tingkah laku penerimaan e-Dagang adalah didorong oleh sikap positif, bantuan sokongan sosial serta kawalan tingkah laku yang baik. Dengan bersandarkan Model Pemecahan Teori Tingkah Laku Terancang (DTPB) dan berpandukan pemerhatian empirikai, kertas konsep ini menghujahkan kekuatan setiap faktor penentu ini dengan lebih terperinci dalam meramalkan tingkah laku penerimaan. Hasil perbineangan mendapati niat dan tingkah laku sebenar usahawan PKS terhadap e-Dagang adalah didorong oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku yang mana didasari oleh kepercayaan persepsi faedah, persepsi mudah guna, keserasian, boleh percaya, pengaruh interpersonal, pengaruh luaran, efikasi diri dan suasana dorong. Justeru itu, diharapkan perbineangan ini akan dapat membantu bidang akademik dan praktis dalam memahami fenomena ini selain dijadikan panduan oleh penggubal dasar untuk mengkaji semulla ekosistem dan mekanisme e-Dagang negara agar dapat meluaskan lagi penyertaan golongan PKS dalam e-Dagang.
  • Publisher: Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Language: Malay
  • Identifier: ISSN: 0126-5008
    DOI: 10.17576/akad-2023-9302-04
  • Source: ProQuest Central

Searching Remote Databases, Please Wait