skip to main content
Language:
Search Limited to: Search Limited to: Resource type Show Results with: Show Results with: Search type Index

Pelajar Generasi Pertama Sebagai Sumber Manusia: Motivasi dan Aspirasi Melanjutkan Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Malaysian journal of learning & instruction, 2013, Vol.10, p.203 [Peer Reviewed Journal]

2013. This work is published under https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/ (the “License”). Notwithstanding the ProQuest Terms and Conditions, you may use this content in accordance with the terms of the License. ;ISSN: 1675-8110 ;EISSN: 2180-2483 ;DOI: 10.32890/mjli.10.2013.7657

Full text available

Citations Cited by
  • Title:
    Pelajar Generasi Pertama Sebagai Sumber Manusia: Motivasi dan Aspirasi Melanjutkan Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  • Author: Abdul Rahim, Abdul Hamid ; Azman, Norzaini ; Mohd. Majzub, Rohaty @ Norhatiah
  • Is Part Of: Malaysian journal of learning & instruction, 2013, Vol.10, p.203
  • Description: Tujuan – Memahami aspirasi pendidikan adalah sangat penting memandangkan keinginan seseorang untuk melanjutkan pelajaran adalah langkah awal dalam proses permohonan melanjutkan pelajaran ke IPT. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji fenomena motivasi dan aspirasi pelajar generasi pertama di sekolah menengah luar bandar. Secara khusus, kajian ini mengenal pasti tahap motivasi dan aspirasi pelajar generasi pertama untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Kajian ini turut melihat hubungan antara faktor motivasi dan aspirasi. Di samping melihat apakah faktor-faktor motivasi yang mempengaruhi aspirasi melanjutkan pelajaran ke IPT.   Metodologi – Kajian ini dijalankan dengan menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Seramai 417 pelajar generasi pertama yang sedang menuntut di tingkatan empat telah dipilih secara rawak berstrata sebagai responden untuk menjawab satu set soal selidik. Manakala 8 kumpulan berfokus telah dipilih melalui pensampelan bertujuan untuk ditemu bual bagi mendapatkan data kualitatif.   Dapatan – Hasil kajian menunjukkan motivasi pelajar generasi pertama luar bandar adalah pada tahap tinggi, manakala aspirasi mereka pada tahap sederhana tinggi. Terdapat hubungan yang positif signifikan di antara motivasi dan aspirasi. Faktor-faktor motivasi yang mempengaruhi aspirasi mencakupi faktor keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan penyempurnaan kendiri.   Kepentingan – Hasil kajian ini memberi implikasi strategik kepada pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha membantu pelajar generasi pertama di sekolah menengah luar bandar merealisasikan aspirasi mereka.  
  • Publisher: Kedah Darul Alam: Universiti Utara Malaysia
  • Language: English;Malay
  • Identifier: ISSN: 1675-8110
    EISSN: 2180-2483
    DOI: 10.32890/mjli.10.2013.7657
  • Source: ProQuest Central
    DOAJ Directory of Open Access Journals

Searching Remote Databases, Please Wait